
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sarawak petang tadi.
Katanya, suspek pertama yang juga seorang pengurus syarikat berusia 30-an ditahan pada 3.30 petang di pejabat SPRM cawangan Sibu manakala suspek kedua dan ketiga yang juga pegawai penguatkuasa ditahan di pejabat SPRM Kuching, 3.15 petang.
Menurutnya, pengurus syarikat itu dipercayai bersubahat dengan pegawai penguat kuasa itu untuk mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM20,000 sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek pertama akan direman esok, 9 pagi di Mahkamah Majistret Sibu manakala suspek kedua dan ketiga akan direman di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.