
Sembilan perwakilan Wanita dan Puteri Umno Terengganu itu dilaporkan menaiki sebuah van untuk pulang ke Kemaman selepas menghadiri perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, terbabit kemalangan pada 5.50 petang semalam, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata semua mangsa berusia antara 21 hingga 68 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati, van jenis Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 37 tahun membawa sembilan penumpang wanita dari arah Kuala Lumpur ke Kemaman.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta berada di hadapan brek mengejut menyebabkan van terbabit hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu van terbabit kerana tidak dapat mengawal kenderaan semasa memandu.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.