
Presiden MN Annuar Musa mengumumkan pelantikan itu di Facebook semalam.
Zuraida yang dipecat Parti Bangsa Malaysia pada Disember lalu adalah timbalan presiden NGO itu.
Selain Nasrudin dan Zuraida, Jismit Japong dan bekas Ahli Parlimen Hulu Rajang Justine Jinggot juga dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri untuk Sabah dan Sarawak.
Annuar berkata, sudah sampai masa MN memulakan penubuhan pengerusi perhubungan negeri dan kawasan selepas keahlian NGO itu mencecah 30,000 orang.
“Penubuhan perhubungan negeri bermula di Sabah pada 5 Feb ini dan disusuli Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan negeri lain,” katanya.
MN ditubuhkan Annuar selepas beliau dipecat Umno pada Disember lalu kerana mengkritik Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan membantu kempen parti lawan dalam pilihan raya umum lalu.