Fadillah nafi terlibat pelaburan patuh syariah

Fadillah nafi terlibat pelaburan patuh syariah

Fadillah Yusof berkata beliau tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak menggunakan gambarnya bagi tujuan itu.

Poster pelaburan patuh syariah menggunakan gambar Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang dikongsikan di media sosial. (Gambar Facebook Fadillah Yusof)
KUALA LUMPUR:
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menafikan terlibat dalam pelaburan patuh syariah seperti disebarkan menerusi poster yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, Fadillah yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata poster berkenaan adalah palsu dan beliau tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak menggunakan gambarnya bagi tujuan itu.

“Saya telah mengarahkan pegawai khas saya di Pusat Khidmat Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan,” katanya.

Menurutnya, poster palsu yang sama pernah disebarkan melalui media sosial tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab dan laporan polis juga pernah dibuat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.