
Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai, khususnya peniaga kuih raya, agar tidak membeli secara pukal, terutama menjelang sambutan perayaan dengan tujuan untuk menyimpan bekalan.
“Tiada had jualan telur dalam kuantiti tertentu seperti minyak masak bersubsidi tetapi orang ramai diminta tidak melakukan pembelian secara pukal,” katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan tanda harga di gerai jualan Jonker Walk di sini lewat malam tadi.
“Kita tahu menjelang Tahun Baharu Cina dan Hari Raya yang akan tiba, orang ramai sibuk mencari bekalan, terutama untuk membuat persediaan sambutan seperti membuat kuih raya.

Pemeriksaan berkenaan turut disertai Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.
Mengulas lanjut, Norena berkata, walaupun tiada had jualan bagi bekalan telur, peniaga berhak menentukan jumlah kuantiti yang boleh dibeli oleh pengguna bagi memastikan bekalan tidak terjejas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 22 kes membabitkan kesalahan kepenggunaan di bawah pelbagai akta bawah KPDN direkodkan dalam tempoh 12 hari bermula 1 Jan lepas.
Katanya, dalam tempoh itu juga, kompaun sebanyak RM4,800 dan denda (RM250) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.