Puad dilantik timbalan pengerusi tetap Umno

Puad dilantik timbalan pengerusi tetap Umno

Pelantikan itu dibuat menggantikan Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia, pada 20 Mei lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dilantik sebagai timbalan pengerusi tetap parti.
PETALING JAYA:
Umno meluluskan usul melantik Puad Zarkashi sebagai timbalan pengerusi tetap Umno, berkuat kuasa serta-merta.

Usul dikemukakan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan itu diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pelantikan berkenaan dibuat bagi menggantikan Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia, pada 20 Mei lalu.

Rizuan yang juga ketua Umno Bahagian Kepong meninggal selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.