Tey ganti Damian pengerusi DAP Melaka

Tey ganti Damian pengerusi DAP Melaka

Seramai 13 ahli jawatankuasa bersetuju melantik Tey Kok Kiew sebagai pengerusi DAP Melaka yang baharu.

Bekas pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew kembali dilantik ke jawatan itu selepas penyandang Damian Yeo Shen Li meletakkan jawatan berikutan komitmen kerja sebagai peguam.
PETALING JAYA:
DAP Melaka semalam bersetuju melantik bekas ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew sebagai pengerusi DAP negeri.

Tey menggantikan Damian Yeo Shen Li yang meletak jawatan sebagai pengerusi negeri minggu lalu disebabkan oleh komitmen sebagai seorang peguam. .

“Majoriti ahli jawatankuasa DAP negeri bersetuju melantik Tey bagi menggantikan Yeo,” kata sumber dalaman parti kepada FMT.

Menurut sumber itu, pada mesyuarat DAP Melaka malam tadi, seramai 13 orang ahli jawatankuasa bersetuju melantik Tey menggantikan Yeo.

Tey sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi DAP Melaka selepas parti itu gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusi dimenangi sebelum ini pada PRN lalu.

Beliau yang turut gagal mempertahankan kerusi Bemban berkata, tindakannya meletak jawatan adalah keputusan peribadi.

Tey yang juga bekas ADUN Bandar Hilir selama tiga penggal adalah pengerusi DAP Melaka sejak 2015 sebelum meletak jawatan pada 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.