
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit semalam, dengan 367 kes dilaporkan berbanding 380 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 365 jangkitan tempatan dan dua kes import.
Sembilan kematian turut dicatatkan.
Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,031,443 kes, dengan 36,901 kematian.
Setakat semalam, sebanyak 11,372 kes masih aktif, termasuk 24 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 12 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 502 pesakit atau 4.4% menerima rawatan di hospital.
Seramai 398 pesakit dilaporkan sembuh.