Politik wang mesti dibunuh, laung Tok Mat di PAU

Politik wang mesti dibunuh, laung Tok Mat di PAU

Timbalan presiden Umno berkata, politik wang bukan sahaja menyebabkan Umno tewas pada PRU lalu, malah ia menjadikan parti itu semakin lemah.

Mohamad Hasan berkata, politik wang perlu dibunuh kerana Umno hanya untuk mereka yang bersih, berjuang, dan mengasihi bangsanya.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) bahawa politik wang adalah jelik dan jijik.

Katanya, politik wang bukan sahaja menyebabkan Umno tewas pada PRU lalu, malah ia menjadikan parti itu semakin lemah.

“Umno hanya untuk mereka yang bersih, berjuang, dan mengasihi bangsanya. Kita mesti membunuh politik wang, sebelum politik wang membunuh Umno,” katanya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Wanita dan Pemuda Umno, Mohamad di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

PAU kali ini merupakan persidangan julung kali selepas keputusan PRU lalu yang menyaksikan Umno hanya menang 30 kerusi.

Menurut Mohamad, politik wang menyebabkan Umno ‘telah menjerumuskan dirinya ke tahap sekarang’.

“Ia bukan sahaja menyebabkan Umno tewas, tetapi menjadikan parti kita, semakin lemah dan tidak berketahanan.

Sementara itu, menyentuh berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan, Mohamad berkata Umno kini berada ditahap sesuai dengan kepentingan parti itu.

“Kita perlu mengembalikan semula, Malaysia ke jalan sederhana.

“Melihat betapa isu perkauman, dan agama, menjadi modal kempen parti politik tertentu, sehingga ke tahap yang ekstrim, Malaysia mesti dikembalikan, ke centrism,” katanya sambil menambah DNA Malaysia ialah kesederhanaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.