PM gembira dengan Jemaah Menteri Hajiji, kata Kitingan

PM gembira dengan Jemaah Menteri Hajiji, kata Kitingan

Jeffrey Kitingan berkata Anwar Ibrahim menghubungi Hajiji Noor semalam.

Jeffrey Kitingan.
KOTA KINABALU:
Perdana Menteri Amwar Ibrahim dikatakan gembira dengan Jemaah Menteri baharu Hajiji Noor, kata Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan.

Kitingan memberitahu pemberita bahawa Anwar memaklumkan perkara itu ketika menghubungi Hajiji semalam.

“Ya, beliau (Anwar) telah menghubungi kami, ketua menteri malam tadi,” katanya ketika ditemui di luar Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada rombakan Jemaah Menteri berdasarkan saranan Anwar, Jeffrey berkata, ianya diputuskan oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga timbalan ketua menteri turut berkata saf Jemaah Menteri baharu yang diumumkan lebih lengkap.

“Buat masa ini pakatan ini sangat bagus,” katanya.

Sementara itu, Hajiji yang sempat ditemui media hanya berkata ringkas, “semuanya OK” sebelum beredar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.