
Zahid menegaskan semua ahli harus saling sokong-menyokong apabila Umno berdepan pertandingan, kata ahli majlis kerja tertinggi itu, menyimpulkan mesej kepada peserta taklimat.
“Itu pendirian utama, perkara utama, iaitu jangan ada pengkhianatan dalam perjuangan,” katanya.
Difahamkan taklimat khas hari ini dihadiri oleh biro politik dari bahagian-bahagian Umno.
Ditanya sama ada taklimat memperincikan hal kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, Johari memaklumkan kerjasama itu diterima baik oleh perwakilan.
“Semua perwakilan terima dengan sebulat suara kerajaan perpaduan ini,” katanya.
Taklimat petang tadi diadakan sebelum perasmian perhimpunan agung Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno malam ini.