
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit semalam, dengan 380 kes dilaporkan berbanding 383 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 369 membabitkan jangkitan tempatan dan 11 kes import.
Sembilan kematian turut dicatatkan.
Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,031,076 kes, dengan 36,892 kematian.
Setakat semalam, sebanyak 11,412 kes masih aktif, termasuk 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 11 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 542 pesakit atau 4.7% menerima rawatan di hospital.
Seramai 373 pesakit dilaporkan sembuh.