Warga Filipina ditahan belanja guna kad bank warga emas

Warga Filipina ditahan belanja guna kad bank warga emas

Suspek mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, ‘gold bar’ dan rantai emas menerusi platform dalam talian.

Suspek direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berumur 37 tahun itu, yang juga penjaga kepada pesara yang mempunyai masalah kesihatan, mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, “gold bar” dan rantai emas, ditahan di Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail Selasa lepas.

Beliau berkata, warga emas berusia 85 tahun itu menyedari ditipu suspek selepas membuat semakan terperinci terhadap penyata bank miliknya di cawangan bank tempatan di Taman Tun Dr Ismail pada 20 Dis lepas.

“Mangsa mendapati terdapat penolakan wang mulai September hingga Disember 2022 bagi tujuan pembelian secara debit yang dianggarkan berjumlah RM47,940.61,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudiannya menjual barangan terbabit di sekitar ibu negara dan wang hasil jualan dibelanjakan untuk kegunaan peribadinya.

“Suspek selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.