
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Nurhyati Rusli, berkata, setakat ini, selain itu tiada sebarang gejala dikesan membabitkan keseluruhan pengembara dari negara berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkara itu termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.
“Saringan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19,” katanya menurut Kosmo.
Beliau berkata, kementerian juga akan menilai secara dekat perkembangan mutakhir serta bekerjasama rapat dengan negara serantau khususnya Thailand dan Singapura, selain Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memperkukuhkan strategi kawalan dan pencegahan penularan.