
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyerahkan pandangan mereka kepada Anwar untuk dibawa berbincang dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipercayai sedang menemui perdana menteri di kediaman rasmi Ketua Menteri, Hajiji Noor di Sri Gaya, dekat sini.
“(Setakat ini) belum ada keputusan, sekarang perdana menteri di Sri Gaya bertemu GRS, bagus (pihak media) tunggu sana, tanya dia,” katanya selepas menemui Anwar di sebuah hotel di sini.
Turut dilihat bersama Bung ialah tiga ADUN parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan difahamkan juga, pertemuan itu turut membabitkan pemimpin Warisan.
Ditanya sama ada beliau akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri esok, Bung hanya berkata: “Tunggu dan lihat.”