2 beranak maut kenderaan bertembung

2 beranak maut kenderaan bertembung

Pemandu trak makanan, Shahren Ismail, 37 dan ibunya, Zainab Alias, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Keadaan dua kenderaan yang remuk dalam kemalangan maut melibatkan dua beranak di Telok Rimba Simpang 4, dekat Semanggol, malam tadi. (Gambar bomba)
IPOH:
Dua beranak maut apabila trak makanan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Telok Rimba Simpang 4, dekat Semanggol, kira-kira 90 kilometer dari sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sejurus tiba di lokasi kejadian terdapat dua mangsa yang tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu trak berkenaan, Shahren Ismail, 37, dan ibunya, Zainab Alias, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala pemandu kereta mengalami kecederaan ringan.

“Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan keluar kedua-dua mangsa tersepit di ruang pemanduan,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.