
“Dalam masa satu minggu, sesi permukiman akan diadakan untuk semua menteri membentangkan pencapaian setakat ini.
“Pada sesi itu mereka boleh bentang pencapaian, KPI hendak dicapai dan rancangan masa depan,” katanya menurut Malaysiakini.
Anwar berkata demikian pada majlis makan bersama diaspora dianjurkan Kedutaan Malaysia di Jakarta malam tadi.
Anwar kini dalam lawatan dua hari ke Indonesia, kunjungan rasmi pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 24 November lalu.
Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, esok, yang akan memberi peluang kepada Kuala Lumpur dan Jakarta menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang kerjasama baharu serta menggalakkan usaha bersama untuk menangani cabaran serantau serta global.