
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit semalam, dengan 571 kes dilaporkan berbanding 543 pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 567 membabitkan jangkitan tempatan dan empat kes import.
Empat kematian turut dicatatkan.
Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,029,908 kes, dengan 36,874 kematian.
Setakat semalam, sebanyak 11,431 kes masih aktif, termasuk 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 15 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 585 pesakit atau 5.1% menerima rawatan di hospital.
Seramai 551 pesakit dilaporkan sembuh.