
Sebaliknya, beliau berkata, MN akan kekal sebagai NGO yang mesra kepada semua parti politik.
“Kita sudah ada terlampau banyak parti politik dan saya rasa kita perlu kekal sebagai NGO,” katanya.
“Banyak yang kita mahu lakukan dan kita percaya kita mampu menyumbang tanpa ‘transform’ kepada parti politik.
“Parti-parti politik tidak perlu bimbang, kerana MN mesra dengan semua parti politik dan kita rentas parti politik.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama dewan tertinggi MN selepas ia ditubuhkan bulan lepas.
Annuar, yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata, MN akan menubuhkan badan perhubungan negeri, Parlimen dan DUN bagi memudahkan NGO itu bergerak di seluruh negara.
Katanya, pembentukan badan perhubungan di semua peringkat itu dibuat mengambil kira situasi semasa MN yang menerima banyak permohonan.
“Ini adalah struktur organisasi MN. Sesuai untuk kita mengikut Parlimen atau DUN.
“Dalam perlembagaan kita sekarang, strukturnya begitu, hanya ada badan perhubungan tapi tidak ada pemilihan.
“Yang penting kita nak mendekati komuniti,” katanya.