2 maut kereta terjunam dalam parit

2 maut kereta terjunam dalam parit

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Honda Accord dinaiki remuk teruk.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit selepas keretanya terhumban ke dalam parit di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya. (Gambar Facebook)
IPOH:
Dua lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam parit berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 5.19 pagi.

“Kereta jenis Honda Accord dinaiki kedua-dua mangsa mengalami remuk di bahagian hadapan dan pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa 30 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan.

Seorang daripada mangsa dikenali sebagai R Dhaarnish, 29, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.44 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.