
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam negeri Siti Mariah Mahmud berkata mereka boleh mendapat suntikan pelalian itu di 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL clinic yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
“Pendaftaran boleh dibuat secara ‘walk-in’ namun orang ramai digalakkan membuat janji temu melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600,”katanya dalam kenyataan.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang selcare.com untuk maklumat lanjut.
Katanya, vaksin virus akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa manakala dos penggalak disuntik kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.