
“Saya dengar (khabar angin) itu tapi tak buat keputusan berdasarkan khabar angin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau maklum tentang gerakan sulit berkenaan.
Semalam, Ismail Sabri Yaakob menafikan tuduhan beliau antara dua naib presiden Umno yang terbabit dalam usaha menjatuhkan Zahid menjelang perhimpunan agung parti itu minggu depan.
Ini susulan dakwaan seorang penulis blog bahawa dua naib presiden Umno tersebut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di London untuk menjatuhkan Zahid sebagai presiden Umno.
Menurut dakwaan itu, gerakan sulit yang dinamakan “Langkah London” bertujuan menjatuhkan Zahid dalam usaha menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, bekas perdana menteri itu menjelaskan beliau bercuti dengan keluarganya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 22 Dis hingga 3 Jan lepas, tarikh yang didakwa beliau menemui pemimpin politik di London.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya. Ini merupakan fitnah jahat,” katanya kepada FMT.
“Saya berdiam diri selepas PRU15 sehingga kini, tiada kenyataan mengenai Umno, tiada kenyataan mengenai kerajaan. Tujuan saya berdiam diri supaya tiada spekulasi dan fitnah mengaitkan saya.”