
Menteri undang-undang dan reformasi institusi itu berkata, memorandum Jemaah Menteri itu akan dikemukakan bersama oleh beliau dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Ketika ini, anak yang lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia tidak layak mendapat kerakyatan secara automatik kerana Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan kewarganegaraan boleh diberikan menerusi bapa.
“Insya Allah, saya dan Saifuddin akan kemukakan memorandum Jemaah Menteri untuk cadangan pindaan Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan berkaitan isu kewarganegaraan dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran di Twitter.
Ogos lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan anak lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia tidak layak mendapat kerakyatan secara automatik kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan kewarganegaraan menerusi bapa.
Tahun lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2021 yang menyatakan perkataan “bapa” dalam peruntukan Perlembagaan bermaksud atau merangkumi “ibu” atau “ibu bapa”, sekali gus membenarkan secara undang-undang kerakyatan diberikan kepada anak lahir di luar negara.