DBKL siasat dakwaan penguat kuasa minta rasuah

DBKL siasat dakwaan penguat kuasa minta rasuah

Ia susulan laporan beberapa anggota penguat kuasa DBKL didakwa meminta rasuah daripada peniaga limau mandarin di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuchai Lama.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah berkata, tindakan akan diambil terhadap anggota yang didapati melakukan kesalahan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menyiasat laporan yang mendakwa beberapa anggota penguat kuasanya terbabit rasuah.

“Siasatan sedang dijalankan. Kalau salah, tindakan akan diambil,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah pada sidang media di Menara DBKL.

Terdahulu, The Star melaporkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL didakwa meminta rasuah daripada peniaga limau mandarin di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuchai Lama, yang melanggar garis panduan pelesenan.

Seorang pegawai kanan DBKL dilaporkan berkata, perkara itu sedang disiasat dan beberapa anggota akan disoal siasat.

Susulan itu, Mahadi berkata, beliau mengarahkan semua pegawai dan anggotanya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota terlibat dalam sebarang aktiviti menyebabkan integriti diragui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.