Polis terima 10,490 laporan kerugian banjir di Kelantan

Polis terima 10,490 laporan kerugian banjir di Kelantan

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata laporan dibuat melibatkan kerosakan rumah, kenderaan, ternakan dan lain-lain harta benda.

Polis berkata laporan paling banyak diterima daripada mangsa banjir di jajahan Pasir Puteh iaitu 2,879 diikuti Bachok (2,132) dan Pasir Mas (1,812). (Gambar Bernama)
TUMPAT:
Polis Kelantan menerima sejumlah 10,490 laporan berhubung kerugian dialami oleh mangsa banjir di negeri itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata laporan paling banyak diterima daripada mangsa di jajahan Pasir Puteh iaitu 2,879 diikuti Bachok (2,132) dan Pasir Mas (1,812).

Beliau berkata, antara laporan dibuat adalah melibatkan kerosakan rumah, kenderaan, ternakan dan lain-lain harta benda.

“Banyak laporan diterima adalah kerosakan harta-benda iaitu 5,114 diikuti kerosakan rumah (4,215) kenderaan (619) dan ternakan (542).

“Laporan polis ini amat berguna bagi kegunaan urusan pampasan oleh mangsa di masa hadapan dan menjadi rekod kepada pihak berkenaan untuk menyalurkan apa jua bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Wakaf Bharu.

Terdahulu, Zaki menyampaikan sijil penghargaan dan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik 2021 kepada Ketua Balai Polis Wakaf Bharu, Sakri Abd Ghani selepas balai terbabit memenangi tempat ketiga daripada 799 balai polis di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.