Kes baharu Covid-19 turun 36% kepada 3,767 minggu lalu

Kes baharu Covid-19 turun 36% kepada 3,767 minggu lalu

Bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 36.5% iaitu daripada 5,880 kes kepada 3,735.

Bilangan kes kematian akibat Covid-19 turut berkurangan sebanyak 29% iaitu 22 kes. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bilangan kes baharu Covid-19 pada minggu epidemiologi ke-52 atau 25 hingga 31 Dis lalu merekodkan penurunan 36.1% dengan 3,767 jangkitan berbanding 5,894 minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam tempoh itu bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 36.5% iaitu daripada 5,880 kes kepada 3,735 kes.

“Bilangan kes import pula meningkat sebanyak 129.6% iaitu 14 kes kepada 32 kes,” katanya dalam kenyataan berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, bilangan kes kematian turut berkurangan sebanyak 29% iaitu 22 kes pada minggu itu berbanding 31 minggu sebelumnya.

“Purata kes aktif setiap hari bagi minggu lalu menurun sebanyak 14.7% iaitu (14,580 kes kepada 12,433 kes),” katanya memaklumkan purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) direkodkan pula ialah 0.79 pada minggu berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.