
Air Selangor dalam kenyataan, memaklumkan 51 daripada 83 kawasan terjejas di Gombak dan Kuala Lumpur pulih, manakala bekalan air di 32 kawasan lagi dijangka pulih, 9 malam ini.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” menurut kenyataan itu.
Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian, selain menggunakan air secara berhemah.
“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” menurut kenyataan itu.