
PETALING JAYA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis banjir kilat mungkin melanda lima daerah di Sabah dalam tempoh 12 jam.
Daerah terbabit ialah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan.
JPS berkata, kawasan itu dikenal pasti berdasarkan lokasi titik panas yang berisiko dilanda banjir kilat.
Ramalan itu berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi (METMalaysia), sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Menurutnya, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir kilat.
“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” demikian menurut kenyataan itu.