
Pengerusi CAAM, Khairul Adib Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, cadangan calon itu dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook susulan penilaian menyeluruh anggotanya.
Katanya, Norazman mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri penerbangan dan pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad sebelum menyertai CAAM pada 2020 sebagai pengarah Bahagian Operasi Penerbangan.
“Kecemerlangan kerjaya beliau termasuklah menjadi juruterbang pelbagai jenis
pesawat Boeing dan Airbus, malah beliau merupakan juruterbang pertama di Malaysia yang diiktiraf bagi pesawat Airbus A350.
“Beliau ketika ini merupakan timbalan CEO (Kawal Selia) CAAM dan berperanan penting membantu proses transformasi menyeluruh CAAM dalam tempoh dua tahun lalu.”
Katanya, CAAM akan terus memperkasakan budaya kerja cekap dalam bidang kawal selia dan perkhidmatan navigasi udara, baik dari sudut dalaman mahupun luaran tanpa sebarang kompromi terhadap aspek keselamatan serta sekuriti.