Juhar kekal TYT Sabah

Juhar kekal TYT Sabah

Juhar Mahiruddin mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Januari 2011.

Juhar Mahiruddin diberi watikah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.
PETALING JAYA:
Juhar Mahiruddin dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk penggal keempat.

Beliau mula dilantik ke jawatan itu pada Januari 2011.

Tempoh perkhidmatan Juhar sepatutnya tamat selepas dua penggal (lapan tahun) tetapi beliau dilantik semula pada 2018 apabila kerajaan negeri diterajui Warisan meminda Perlembagaan Sabah untuk memansuhkan had tempoh perkhidmatan selama dua penggal itu.

Juhar, 69, akan kekal sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah sehingga 31 Dis 2024, ini bermakna beliau memegang jawatan itu selama lebih 10 tahun.

Beliau menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara tengah hari tadi dan disaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Istiadat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani serta Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Berkelulusan ijazah sarjana muda undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England, Juhar pernah menyandang jawatan speaker DUN Sabah pada 2002 hingga 2010, dan timbalan speaker Dewan Rakyat dari 1990 hingga 1999.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.