4 lagi mayat ditemui, korban tanah runtuh meningkat kepada 30 orang

4 lagi mayat ditemui, korban tanah runtuh meningkat kepada 30 orang

Keempat- empat mayat itu ditemui pagi ini sekaligus menjadikan korban tanah runtuh meningkat kepada 30 orang.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa dalam tanah runtuh itu.
PETALING JAYA:
Mayat empat lagi mangsa tanah runtuh ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Dalam catatan ringkas di Facebook, Nadma berkata, keempat- empat mayat itu ditemui pagi ini sekaligus menjadikan korban tanah runtuh meningkat kepada 30 orang.

Operasi mencari dan menyelamat di lokasi tragedi tanah runtuh memasuki hari ketujuh hari ini. Operasi itu disambung semula pagi ini selepas ditangguhkan pada 10 malam semalam.

Seramai 94 orang terjejas akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan tersebut awal Jumaat lalu. Daripada jumlah itu, 61 berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat meneruskan misi mencari tiga lagi mangsa masih belum ditemui setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.