Potongan 30% cukai taksiran rumah bawah RM300,000 di Putrajaya

Potongan 30% cukai taksiran rumah bawah RM300,000 di Putrajaya

Pengurangan itu selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengurangan cukai taksiran akan mula berkuat kuasa 1 Jan 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua kediaman yang berharga bawah RM300,000 di Putrajaya akan diberikan potongan 30% daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, pengurangan itu selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Potongan sebanyak 30% ini diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit kediaman,” katanya dalam kenyataan.

Anwar berkata, pengurangan cukai taksiran akan mula berkuat kuasa 1 Jan 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.