Hanya seorang mangsa tanah runtuh belum ditemui, kata polis

Hanya seorang mangsa tanah runtuh belum ditemui, kata polis

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi itu disemak semula kepada 92 orang.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara pada jam 2.30 petang tadi akibat hujan lebat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Hanya seorang mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali belum ditemui, kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.

Arjunaidi berkata, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi itu disemak semula dan jumlah rasmi adalah 92 bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.

Pada pagi ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui empat lagi mayat mangsa menjadikan jumlah kematian tragedi tanah runtuh itu kepada 30 orang.

Seramai 92 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, berhampiran Batang Kali pada awal pagi Isnin lalu.

Seramai 61 mangsa diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara pada jam 2.30 petang tadi akibat hujan lebat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.