
Lelaki berusia 56 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pendang pada 8.40 malam, 10 Dis lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, tertuduh yang juga bapa lima anak itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa.
Hakim Jean Sharmila Jesudason kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 19 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syaliati Mohd Sobri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.