Hujan lebat, operasi SAR tanah runtuh tangguh sementara

Hujan lebat, operasi SAR tanah runtuh tangguh sementara

Operasi bagaimanapun akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit.

Tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa. (Gambar Bernama)
BATANG KALI:
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, ditangguhkan sementara kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Hulu Selangor, Suffian Abdullah, yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata operasi bagaimanapun akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit.

“Ya, ditangguhkan sementara kerana hujan dan akan disambung semula (namun) bergantung kepada keadaan cuaca serta tahap keselamatan di lokasi pencarian,” katanya ringkas.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.