Banjir di Terengganu makin buruk, mana MB? warganet persoal tak nampak kelibat Samsuri

Banjir di Terengganu makin buruk, mana MB? warganet persoal tak nampak kelibat Samsuri

Cubaan FMT mendapatkan penjelasan daripada pejabat menteri besar dan PAS belum berhasil.

Ruang komen di Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar penuh dengan pertanyaan daripada pengguna yang mahu tahu di mana beliau ketika banjir di Terengganu semakin buruk.
PETALING JAYA:
Ketika mangsa banjir di Terengganu menghampiri 40,000 orang ketika ini, warganet mempersoalkan kelibat menteri besar negeri itu yang tidak kelihatan di kawasan terjejas.

Ruang komen di Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar penuh dengan pertanyaan daripada pengguna yang mahu tahu di mana beliau ketika ini.

“MB di mana? Ramai tengah cari MB ni,” kata Wen Surry Hill.

“Tak nampak muka MB… bercuti luar negara ke?” tanya Azreen Mohamed pula.

Cubaan FMT mendapatkan penjelasan daripada pejabat menteri besar belum berhasil.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Husain Awang ketika dihubungi memaklumkan beliau tidak dapat menjelaskan situasi semasa banjir di negeri berkenaan kerana berada di Kuala Lumpur.

Talian bagaimanapun terputus ketika ditanya sama ada benar Samsuri berada di luar negara.

FMT tidak dapat menghubungi beliau selepas itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.