Nga beri penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi Batang Kali

Nga beri penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi Batang Kali

Menteri pembangunan kerajaan tempatan itu meluangkan masa melawat keluarga mangsa selama 45 minit di Nirvana 2 malam tadi.

Nga Kor Ming bercakap dengan ahli keluarga salah seorang mangsa di Nirvana 2 semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming semalam memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Beliau meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 malam tadi di Nirvana 2, di sini.

“Sejurus sidang Parlimen selesai, saya terus bergegas ke Nirvana 2 untuk melawat enam keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dan merakamkan salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa … tanda keprihatinan kerajaan terhadap mereka.

“Saya juga menzahirkan bahawa kerajaan komited dan tidak akan berputus asa untuk mencari sembilan lagi yang masih hilang di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Nga juga menyampaikan salam takziah Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada enam keluarga mangsa itu.

Bencana tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas meragut 24 nyawa manakala 61 terselamat.

Sembilan daripada 94 mangsa terlibat masih hilang setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.