
Sany berkata, beliau menjalani pembedahan itu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, 13 Dis lalu.
“Pembedahan itu adalah susulan selepas pembedahan dibuatnya dua tahun lalu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mendapat notis daripada Sany untuk mengangkat sumpah dari tempat duduknya.
Ini kerana, dalam pemakluman surat itu, Sany memberitahu beliau tidak mampu berjalan ke tempat mengangkat sumpah.
Beliau yang juga ADUN Taman Templer memenangi kerusi Parlimen Hulu Langat atas tiket Pakatan Harapan pada PRU lalu lepas dengan majoriti 14,896 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional, Mohd Radzi Abd Latif calon Barisan Nasional, Johan Abdul Aziz.