GPS tarik sokongan kerajaan perpaduan jika hak Sarawak dicabar

GPS tarik sokongan kerajaan perpaduan jika hak Sarawak dicabar

Seorang pegawai kepada pemimpin GPS Abang Johari Openg berkata gabungan itu kekal bebas walaupun menandatangani perjanjian menyokong kerajaan perpaduan.

(Dari kiri) Hajiji Noor, Ahmad Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim, Abang Johari Openg dan Shafie Apdal pada majlis menandatangani MoU mengenai kerajaan perpaduan di Putrajaya semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Gabungan Parti Sarawak (GPS) bebas untuk menarik balik sokongannya terhadap kerajaan perpaduan pada bila-bila masa sekiranya hak Sarawak dicabar oleh pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim, menurut seorang pegawai kanan pemimpin GPS Abang Johari Openg.

Fazzrudin Abdul Rahman berkata, GPS adalah gabungannya sendiri dan bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), yang dipimpin oleh Anwar.

Fazzrudin Abdul Rahman.

“Kerajaan ini bukan kerajaan persekutuan PH tetapi kerajaan yang dibentuk melalui gabungan parti yang mempunyai objektif sama untuk membawa kestabilan kepada negara.

“Pada bila-bila masa, apabila hak Sarawak dicabar atau statusnya dipersoalkan dan apabila negeri tidak diberi haknya, GPS boleh menarik balik sokongannya terhadap kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen GPS tidak akan kehilangan kerusi mereka jika menarik balik sokongan kerana mereka akan berbuat demikian sebagai satu blok, yang bukan berlaku pelanggaran undang-undang anti-lompat parti.

Semalam, pemimpin gabungan politik dan parti bersama-sama menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

Selain Anwar selaku pengerusi PH, MoU turut ditandatangani Abang Johari, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Hajiji Noor dan Presiden Warisan Shafie Apdal. Ia turut ditandatangani oleh setiausaha agung parti masing-masing.

Fazzrudin berkata, GPS tidak melupakan kebebasan sebagai gabungan dalam menandatangani MoU itu, sambil menambah, perjanjian itu perlu untuk memastikan kestabilan politik serta mengetengahkan perkara yang tidak dapat diselesaikan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk Sarawak dan Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.