2 lagi mayat ditemui, korban tanah runtuh meningkat kepada 23

2 lagi mayat ditemui, korban tanah runtuh meningkat kepada 23

Anggota bomba dan penyelamat percaya mayat itu adalah ibu dan anak lelaki.

Pegawai mencari dan menyelamat menemui mayat di tapak perkhemahan Hillview, yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh.
HULU SELANGOR:
Pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berdekatan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, dipercayai ibu dan anak lelaki, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat itu ditemui berdekatan antara satu sama lain. Penemuan dua mangsa itu menjadikan jumlah kematian 23 orang.

Beliau berkata pihak berkuasa percaya mangsa adalah seorang ibu dan anak lelakinya.

“Kami percaya wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an manakala budak lelaki itu berusia antara dua hingga tiga tahun,” katanya kepada media di lokasi.

Kedua-duanya ditemui di Hillview, tertimbus sepenuhnya oleh tanah runtuh.

Tanah runtuh berlaku pada awal pagi semalam di tiga tapak perkhemahan berhampiran jalan Batang Kali-Genting Highlands.

Berdasarkan rekod pendaftaran pelawat oleh pengendali tapak khemah, 94 orang didaftar bermalam di situ semasa tanah runtuh di mana 61 orang telah diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan 10 lagi mangsa masih hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.