Kosongkan semua tapak perkhemahan berhampiran tanah tinggi dan sungai, kata Zahid

Kosongkan semua tapak perkhemahan berhampiran tanah tinggi dan sungai, kata Zahid

Ketika pencarian 12 lagi mangsa diteruskan malam ini, timbalan perdana menteri berkata hujan lebat dalam tempoh beberapa hari akan datang boleh menyebabkan lebih banyak kejadian tanah runtuh.

Usaha menyelamat diteruskan sepanjang malam di tapak tanah runtuh di Batang Kali.
HULU SELANGOR:
Ketika usaha menyelamat diteruskan malam ini bagi mengesan 12 lagi mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi berhampiran tanah tinggi dan sungai di seluruh negara dikosongkan segera.

“Ini nasihat saya kepada ibu bapa dan guru yang mempunyai rancangan untuk bercuti di kawasan sebegini,” katanya

Beliau berkata dengan hujan lebat dijangka dalam beberapa hari akan datang terutama di pantai timur, arus air yang deras akan mengalir di cerun dan lereng bukit, yang kemudiannya boleh mengakibatkan tanah runtuh.

Zahid berkata tumpuan operasi mencari dan menyelamat kini tertumpu kepada Sektor C (tapak perkhemahan di tepi sungai), sambil menambah bahawa anggota akan bekerja sepanjang masa untuk mengesan mangsa yang masih ada.

“Mudah-mudahan ada yang selamat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.

Zahid berkata unit K9 akan membantu menghidu lokasi mangsa, manakala pasukan penyelamat akan menggali secara manual tanpa menggunakan sebarang jentera berat.

Menurut Zahid, banyak mayat ditemui di Sektor B (tapak perkhemahan Farmview) dan Sektor C (Tepi Sungai).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.