JKM sedia khidmat kaunseling mangsa tanah runtuh

JKM sedia khidmat kaunseling mangsa tanah runtuh

Ketua Pengarah JKM Shaharuddin Abu Sohot berkata pihaknya menyediakan khidmat kaunseling bagi menstabilkan emosi mangsa.

Setakat ini 51 mangsa termasuk enam kanak-kanak ditempatkan di pusat saringan ringan di Balai Polis Hulu Yam Bharu.
HULU SELANGOR:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side berdekatan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.

Ketua Pengarah JKM, Shaharuddin Abu Sohot, berkata pihaknya menyediakan seorang kaunselor bagi membantu menstabilkan emosi mangsa.

“Kalau ada keperluan kita akan tambah lagi (kaunselor),” katanya ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Selain itu, beliau memaklumkan pihaknya turut menyediakan makan minum dan tempat tinggal kepada semua mangsa terlibat sebelum mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

Katanya, setakat ini 51 mangsa termasuk enam kanak-kanak ditempatkan di pusat saringan ringan di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabup, berkata buat masa ini pihaknya tiada rancangan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) kerana semua mangsa berada di pusat saringan ringan sementara menunggu ketibaan ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sepang itu berkata pihaknya bersiap sedia membuka PPS jika diperlukan untuk memberikan penempatan buat mangsa.

“Kalau perlu ada PPS dibuka, kita sedia untuk Sekolah Kebangsaan Ulu Yam tapi buat masa ini tidak ada keperluan,” katanya pada sidang media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.