Lelaki ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

Lelaki ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

Suspek berusia 39 tahun didakwa memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer.

Polis berkata suspek berkomunikasi dengan mangsa, di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak menggunakan media sosial. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun susulan penemuan sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer miliknya, pada Selasa.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata penahanan suspek dilakukan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Beliau berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Klang dan pemeriksaan mendapati, terdapat sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer miliknya.

“Siasatan juga mendapati, suspek turut berkomunikasi dengan mangsa, di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak menggunakan media sosial.

“Selain komputer, polis turut merampas telefon bimbit, ‘router’ dan ‘external hard disk’ untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah berkata, suspek direman empat hari sehingga 17 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti mangsa terlibat dalam kes ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.