Tiada kenaikan tarif elektrik, kata PM

Tiada kenaikan tarif elektrik, kata PM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan membuat keputusan itu kerana tidak mahu membebankan rakyat.

Kerajaan tidak bercadang menaikkan tarif elektrik kepada pengguna domestik kerana akan membebankan rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan tidak berhasrat menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, kata perdana menteri.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan membuat keputusan itu kerana tidak mahu membebankan rakyat, lapor Bernama.

“Kita memutuskan supaya cadangan awal untuk menaikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan kerana ini akan membebankan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Menurutnya, jika tarif elektrik dinaikkan sekali pun ianya akan melibatkan syarikat multinasional serta syarikat gergasi yang mengaut untung besar.

“Tetapi utk rakyat, IKS (industri kecil & sederhana) atau SME tidak terlibat, syarikat pertanian dan pengeluar makanan tidak juga dikenakan,” katanya.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa kenaikan tarif elektrik melibatkan syarikat gergasi berkenaan akan dilakukan secara berperingkat.

Pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik melibatkan syarikat gergasi terbabit akan diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, kos ditanggung kerajaan melibatkan subsidi elektrik mencecah RM30 billion setahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.