
Harian Metro melaporkan Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 42 tahun itu selepas didapati bersalah atas empat tuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun.
Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa merogol mangsa sama.
Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Marang antara Nov hingga Dis 2017.
Mangsa merupakan anak saudara tertuduh yang juga OKU kategori masalah pembelajaran.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA dan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Nooriah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan serta 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan ketiga dan keempat.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula hari ini untuk pertuduhan pertama dan kedua, manakala hukuman bagi pertuduhan ketiga dan keempat berjalan selepas tamat hukuman pertama dan kedua.