
Mangsa berusia 18 tahun ditemui terbaring dengan berpakaian lengkap di tepi pagar pencawang tersebut.
Ketua Polis Samarahan Brodie Brangka berkata, polis menerima maklumat orang awam mengenai penemuan seorang individu lelaki di tapak pencawang telekomunikasi itu.
Berikutan itu, katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian.
“Mangsa dipercayai cuba memotong wayar yang berada di kawasan tapak pencawang terbabit,” katanya lapor Berita Harian.
Brodie berkata, semakan mendapati mangsa adalah seorang warga tempatan dan mempunyai lima rekod jenayah lampau bersabit kes pecah rumah, curi serta dadah.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, polis mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.