
Mangsa ialah R Yuvaaraj, 22, dan abangnya R Ravishangkar, 26, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Difahamkan, sebelum kejadian dua beradik bersama dua lagi rakan dikatakan ke pantai tersebut untuk mandi pada 7 malam.
Kedua-dua mangsa mandi bersama rakan berusia 25 tahun manakala seorang lagi rakan mereka tidak turun ke laut.
Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari, dua beradik bersama rakan datang ke Langkawi sejak Jumaat lalu untuk bercuti.
Beliau berkata, ketika sedang mandi, semua mangsa dipercayai ditarik ombak besar hingga ke kawasan lebih dalam.
“Ketiga-tiga mangsa kemudian terkapai-kapai dan meminta pertolongan. Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.
“Dia kemudian mendapatkan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sedang bertugas di pantai berkenaan. Bagaimanapun, dua lagi mangsa hilang,” katanya menurut Bernama.
Shariman berkata, mayat mangsa berusia 22 tahun berjaya ditemukan pada 9.35 malam manakala mayat kedua yang berumur 26 tahun itu pukul 12.40 tengah malam dan dua beradik itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Sultanah Maliha (HSM),” katanya.
Shariman berkata, mayat dua beradik itu dibawa ke HSM untuk proses bedah siasat dan ahli keluarga mangsa juga dimaklumkan telah tiba di Langkawi untuk urusan selanjutnya.