Tanggungjawab lebih besar tanpa timbalan, kata menteri agama

Tanggungjawab lebih besar tanpa timbalan, kata menteri agama

Menteri Hal Ehwal Agama, Na'im Mokhtar bagaimanapun menghormati keputusan Anwar Ibrahim tidak melantik timbalan menteri untuk membantunya.a

Na’im Mokhtar berkata, ketiadaan timbalan menteri tidak membantut usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di negara ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar berkata, ketiadaan timbalan menteri tidak membantut usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam.

“Kuasa lantikan di bawah perdana menteri, saya hormati apa diputuskan perdana menteri. Sebelum ini pun saya ada sebut ini tanggungjawab besar dan amanah besar, maka akan jadi lebih besar dengan ketiadaan timbalan menteri.

“Kita akan cuba sebaiknya dan pikul (tanggungjawab), saya tengok ada kebaikan seolah-olah portfolio agama ini penjawat awam yang gerakkan.

“Insya Allah jika kita berjaya gerak (portfolio ini), ia jadi satu isyarat jelas kemampuan penjawat awam,” katanya dipetik Bernama selepas merasmikan Munaqasyah Sekretariat Dakwah Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.

Dalam senarai 27 timbalan menteri yang diumumkan Anwar semalam, tiada timbalan menteri dinamakan untuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.