Pertukaran ketua setiausaha perbendaharaan perkara biasa, kata Anwar

Pertukaran ketua setiausaha perbendaharaan perkara biasa, kata Anwar

Perdana menteri berkata, kuasa perbincangan berhubung sebarang perlantikan KSP diputuskan penjawat awam yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Anwar Ibrahim berkata, isu pertukaran ketua setiausaha perbendaharaan (KSP) merupakan perkara biasa dalam pentadbiran. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Anwar Ibrahim berkata isu pertukaran ketua setiausaha perbendaharaan (KSP) merupakan perkara biasa dalam pentadbiran.

Perdana menteri berkata, kuasa perbincangan berhubung sebarang perlantikan KSP diputuskan penjawat awam yang diketuai ketua setiausaha negara.

“Ini hanya pertukaran biasa, yang juga membabitkan sama ada kenaikan pangkat atau perubahan jabatan dan urusan.

““Wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah) perbincangan akan diputuskan penjawat awam yang diketuai Ketua Setiausaha Negara (Mohd Zuki Ali),” katanya pada sidang media selepas mengumumkan barisan timbalan menteri kerajaan perpaduan di Perdana Putra

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan KSP, Asri Hamidin @ Hamidon yang dikatakan sudah dicutikan sejak Selasa lalu.

Status kedudukan jawatan Asri menjadi teka-teki apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Anwar sebagai menteri kewangan dan media melaporkan pegawai baharu akan dilantik ke jawatan itu tidak lama lagi.

Malah, ketika sidang media selepas program taklimat dengan perdana menteri yang dihadiri pegawai kanan kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.