
Menurut Dayak Daily, Alexander Nanta Linggi berkata ramai pemimpin berkelayakan daripada pelbagai etnik di Sarawak termasuk Bidayuh, Lun Bawang, Kayan, Kenyah, Melanau dan Iban.
Pemimpin ini kata Alexander, berkhidmat selama beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen atau senator.
“Salah seorang daripada mereka kini berkhidmat sebagai timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara,” katanya yang merujuk kepada Ahli Parlimen Sri Aman, Doris Sophia Brodie.
“Pengalaman pemimpin ini mesti dipertimbangkan dalam pelantikan timbalan menteri.”
Tambahnya, Ahli Parlimen berbangsa Cina di Sarawak, termasuk daripada DAP, juga harus diberi peluang untuk menjadi timbalan menteri.
“Barisan seperti ini melambangkan perpaduan antara pemimpin pelbagai kaum di Malaysia.
“Saya secara jujur percaya Premier Sarawak Abang Johari Openg berkongsi pendapat yang sama dengan saya dalam isu ini,” katanya.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli pada Selasa lalu berkata, Anwar akan melantik timbalan menteri untuk kerajaan perpaduan dalam masa dua minggu.